nantikan kemunculan 2 Alam

JITRA, 19 Julai (HPM) – “Sejarah bakal tercipta detik 18 November 2010 kerana kehadiran filem 2 Alam dengan pecah panggung RM20 juta atau lebih selepas pihak FInas membuat penangguhan sebanyak tiga kali,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurutnya, kini demam 1 rakyat Malaysia yang ingin menonton 2 Alam untuk merasai kehebatan filem itu sendiri terubat dengan penetapan tarikh yang telah diberikan oleh FInas.

“Namun, tanggal detik bersejarah itu penayangan filem 2 Alam terpaksa bersaing bersama-sama tiga filem Melayu pada tarikh tersebut,” katanya.

Katanya lagi, 2 Alam merupakan filem yang bakal merobek jiwa, meruntun hati dan menyentuh perasaan tidak akan tergugat dengan persaingan dari filem-filem Melayu lain kerana filem 2 Alam mempunyai daya tarikan yang luar biasa.

“Doktor amat mengalu-alukan kedatangan tiga filem Melayu lain untuk berkongsi tayangan bersama 2 Alam pada 18 November 2010 nanti.

“Dengan hasil usaha doktor rakyat 1 Malaysia kini menggigil dan begitu teruja untuk pecah panggung pada November ini dan jelaslahlah fenomena yang dicetuskan adalah penting untuk membawa penonton ke panggung,” katanya ketika ditemui disini.

Advertisements