dR Silky kegilaan wanita masa kini....

JITRA, 19 Julai (HPM) – Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) telah menghasilkan produk kecantikan yang mengandungi kolagen bagi membantu pengguna yang inginkan kejelitaan.

Oleh itu, kolagen merupakan ramuan yang amat penting di dalam dR Silky untuk mengekalkan kecantikan tubuh badan dan juga berfungsi merawat segala penyakit yang berkaitan dengan kulit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) pengamalan menggunakan kolagen dapat memberikan penghasilan kulit yang lebih anjal dan kelihatan muda.

“Kolagen adalah protein penting yang diperlukan tiga peratus untuk tubuh dan 75 peratus untuk kulit yang berfungsi untuk penjagaan kulit dan umpama makanan kepada sel dan tisu serta diperlukan dalam pembinaan, pengekalan , dan pembentukan kulit,” katanya.

Katanya lagi, secara saintifiknya kolagen boleh mengurangkan garis halus, mencerahkan kulit pudar, melembutkan tekstur, melindungi kulit daripada sinaran UV serta memberikan kulit yang lebih berseri.

“Jadi dengan adanya ramuan sebegini di dalam dR Silky ianya membantu wanita yang mementingkan kecantikan untuk kelihatan lebih muda dan cantik berseri,” katanya ketika ditemui.

Advertisements