DDR....cool..

JITRA, 19 Julai (HPM) – Walaupun maki hamun, cemuhan dan kritikan yang boleh menimbulkan kemarahan menimpa terhadap dirinya beliau masih lagi tenang dalam memperjuangkan kebenaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) berkata beliau adalah seorang yang berbeza berbanding dengan ahli perniagaan lain yang cepat melatah di dalam menjalankan sesuatu urusan perniagaan.

Menurut DDR, keteguhan iman dan kesabaran penting terhadap seseorang individu untuk menegakkan kebenaran tentang sesuatu perkara yang ingin diperjuangkan.

“Jadi, faktor sebegini amatlah penting di dalam diri kita demi untuk menjadikannya sebagai  benteng pertahanan yang kukuh supaya tidak goyah dengan ancaman luar,” katanya.

Katanya lagi, jangan sesekali biarkan kemarahan mengawal diri kita kerana ianya boleh mengakibatkan segala keputusan yang dibuat adalah tidak tepat dan juga menjadi punca hilangnya sifat kepimpinan di dalam diri.

“Kini doktor sudahpun berada di landasan yang benar maka seharusnya doktor bertanggungjawab dalam memberikan fokus untuk menegakkannya  supaya menjadi contoh ataupun ‘role model’ dan dihormati dalam masyarakat,” kata Pakar Perbidanan dan Sakit PUan itu ketika ditemuramah.

Advertisements