2 Alam menggamit penonton

JITRA, 19 Julai (HPM) – “Satu penyelidikan telah dilakukan yang memakan masa lima tahun bagi menghasilkan sebuah filem bergenre seram iaitu 2 Alam yang menceritakan perihal budaya masyarakat kini yang sering terdedah dengan gejala tidak sihat,” kata Datuk Dr Che Rozmey (DDR).

Menurut Penerbit dR. Movie Production 2 Alam merupakan filem yang bakal memberikan pengajaran dan kesedaran kepada masyarakat bagi menjauhi budaya sosial yang semakin menular di negara ini.

“Filem 2 Alam mengisahkan seseorang insan yang telah terpesong dari agamanya sendiri yang hidupnya bergelumang dengan tujuh dosa besar iaitu menjadi anak derhaka, tukar jantina, seks bebas, mabuk, tukar agama dan kehidupan sosial yang terlampau,” katanya.

Katanya lagi, lemah keimanan di dalam diri membuatkan seseorang insan itu mudah terpengaruh dengan gejala barat sehingga terbawa-bawa ke tanahair sendiri.

“Penghujungnya, kehidupannya ditamatkan tanpa memohon keampunan dari Illahi dengan dosa yang telah dilakukan dan bakal menanggung balasan dan siksaan di alam barzakh,” katanya ketika ditemuramah.

Advertisements