DDR prihatin terhadap pekerjanya

JITRA, 18 Julai (HPM) – Sejak tertubuhnya Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) dilihat semakin hari semakin meningkat prestasinya yangkini memiliki seramai 300 tenaga pekerja.

Walaupun memiliki bilangan pekerja yang ramai HPM berjaya melahirkan setiap tenaga pekerjanya dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) setiap warga HPM sudahpun diterapkan dengan etika yang berunsur nilai-nilai murni demi melahirkan sebagai seorang yang berdisiplin.

“Disamping itu, mereka juga telah diberikan didikan mengenai sikap hormat menghormati antara satu sama lain yang sudah lama menjadi budaya di HPM,” katanya.

“Jadi dengan melahirkan tenaga pekerja yang penuh berdisiplin dan bertanggungjawab sedikit sebanyak mereka dapat membantu meningkatkan prestasi dan juga memajukan HPM,” katanya ketika ditemuramah.

Advertisements