DDR......2 Alam filem yang istimewa

JITRA, 18 Julai (HPM) – Akibat daripada kemeriahan dan kehangatan promosi filem 2 Alam telah membuatkan rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk bertandang ke pawagam berhampiran menonton filem sulong hasil karya dR Movie Production.

Namun penangguhan sebanyak dua kali daripada dR Movie Production menimbulkan persoalan dan menguji kesabaran 1 Malaysia mengenai tarikh tetap penayangan filem yang dianggap mengembalikan kegemilangan  era emas filem Melayu yang hilang 40 tahun lau.

Menurut penerbit dR Movie Production Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) filem 2 Alam tetap akan ditayangkan  dan dihidangkan terhadap rakyat 1 Malaysia yang akan mewujudkan keinsafan dan pengajaran kepada masyarakat.

“Tambahan pula, mendapat kelulusan sepenuhnya dari pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan persetujuan antara dR Movie Production dengan pemilik panggung mengenai penyediaan 200 panggung diseluruh Malaysia.

“Kini jelaslah membuktikan bahawa 30 juta rakyat Malaysia ternanti-nanti untuk menonton filem bergenre seram hasil fenomena yang dicetuskan oleh dR Movie Production yang menceritakan perihal tentang masyarakat di era globalisasi ini dan bakal menemui mereka selepas Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya ketika ditemui.

Advertisements