Norsima.....yakin dengan JM5

JITRA, 17 Julai (HPM) – Keberkesanan produk pelansingan badan Jus Mate 5 dan minat pengguna mendapatkan produk berkenaan di Butik Kecantikannya mendorong Norsima Abdullah, 40-an, untuk menjalankan perniagaan Herba Prima Marketing sejak dua tahun lalu.

Usahawan wanita dari Bukit Mertajam itu berkata,  selepas beberapa bulan melihat perkembangan perniagaan HPM dan lontaran berita testimoni dalam akhbar, beliau terpanggil untuk datang sendiri bersama suaminya, Wafdi Auni ke ibu pejabat HPM, di sini.

Menurutnya, produk pelansingan Jus Mate 5  berupaya memberi ganjaran kesihatan yang terbaik kepada pengguna walaupun  terdapat banyak produk seumpanya di pasaran.

“Saya memperolehi pendapatan lima angka  pada tahun 2009 dan kini saya gembira kerana pendapatan itu masih kekal menjadi milik saya selepas pengguna memberi sambutan baik kepada produk ini.

“Kebijaksanaan Datuk Dr Che Rozmey melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk media cetak dan elektonik memberi  keyakinan kepada pengguna untuk mendapatkan  produk keluaran HPM di pasaran,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Beliau yakin syarikat yang dipimpin oleh Datuk Dr Che Rozmey akan terus berkembang maju dan mencipta peluang dan ruang perniagaan kepada rakyat di negara ini.

Advertisements