pengedar aktif HPM berkumpul sebelum memulakan konvoi

JITRA, 16 Julai (HPM) – Seramai 20 peserta berkonvoi selama dua hari dari Jitra ke Hatyai dan Songkla, Thailand sempena  Program  Mesra Bersama Pengedar Aktif Herba Prima Marketing (HPM) di sini, hari ini.

Program yang julong kali diadakan itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim dan semangat berpasukan selain meninjau prospek pasaran baru untuk perniagaan HPM.

Tepat jam 8 pagi, Pengurus Besar, Rafidah Radzi dan Pengurus Sumber Manusia, Mohd Rusidi melepaskan peserta yang berkonvoi dengan menggunakan kenderaan masing-masing.

Antara pengedar aktif  yang menyertai program itu ialah Sabariah Ismail, Azah Aziz, Rohanita Sembok, Mariady Nordin, Nordiana Yaakob dan  Suzana Yusof. Mereka turut membawa keluarga masing-masing untuk memeriahkan program konvoi berkenaan.

Penyelaras program, Sabariah Ismail berkata pihaknya mengucapkan  ribuan terima kasih kepada Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang memberi sokongan atas penganjuran program konvoi terbabit.

Beliau berharap program itu akan mencari acara tahunan bagi pengedar HPM dan membabitkan penyertaan yang lebih ramai pada masa akan datang.

Advertisements