DDR gemar melakukan bisnes untuk menghasilkan lebih banyak kejayaan

JITRA, 16 Julai (HPM) – Satu demi satu fenomena dR Rozmey yang telah dicetuskan oleh Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) iaitu seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dalam menjayakan perniagaan yang dijalankan.

Namun hasil kegigihan dan usaha yang dilakukan jelas menampakkan beliau kini mengecapi kejayaan hasil daripada produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) dan bakal meraih lebih lagi kejayaan daripada filem 2 Alam.

Menurut DDR beliau amat gemar berkecimpung di dalam perniagaan kerana dapat meraih keuntungan yang lumayan berbanding pekerjaan lain.

“Akibat daripada kejayaan yang doktor kecapi sekarang membuatkan doktor lebih bersemangat untuk menjalankan perniagaan dan kini doktor melancarkan satu lagi fenomena dR Rozmey iaitu Slimming Suit yang direka khas untuk membantu pengguna mendapatkan bentuk badan yang ideal,” katanya.

“Selain itu, disebabkan kini ramai yang ingin bersama-sama doktor, doktor melancarkan bisnes secara online demi memudahkan pengguna dan pengedar untuk berurusan dengan doktor,” katanya lagi ketika ditemui.

Advertisements