DDR menunjukkan cara penggunaan mesin berteknologi canggih di RBSFC

JITRA, 15 Julai (HPM) – “Memandangkan promosi rawatan kecantikan di Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC) mendapat sambutan yang menggalakkan ianya akan dijalankan berterusan sehingga hujung tahun ini,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurut DDR, promosi yang dijalankan adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap golongan wanita yang ingin tampil dengan kelihatan lebih anggun.

“Rawatan yang dijalankan ini memberikan kesan yang pantas terhadap pengguna yang menjalani rawatan di RBSFC sekali memberikan kepuasan maksima terhadap perubahan yang berlaku keatas diri mereka,” katanya.

Katanya lagi, RBSFC yang mempunyai Pakar Kecantikan Terlatih mampu memberikan perkhidmatan mengikut citarasa pengguna untuk kelihatan langsing dan lebih bergaya.

“Selain itu, mesin yang berteknologi canggih dari luar negara seperti Mesin Apha Oxy Spa, Mubeum Mix Infra Red Radient Heat, Mesin EMS, Mesin LPG dan Mesin Fitness membantu merealisasikan impian pengguna mendapat tubuh badan yang diidamkan.

“Kadar harga yang dikenakan begitu berpatutan iaitu sebanyak RM100 satu sesi selama tiga jam berbanding kadar harga asal RM450.

“Jadi, rawatan di RBSFC mengadakan promosi demi membantu golongan wanita masa kini mendapat bentuk badan yang ideal dengan kadar harga yang begitu rendah dan kepada sesiapa yang berminat sila layari laman sesawang www.herbaprima.com.my ,” kata DDR yang dulunya Pakar Perbidanan dan Sakit Puan.

Advertisements