Doc-K atasi masalah Gout

JITRA, 15 Julai (HPM) – Menyedari warga emas di Malaysia yang sering  menghidapi penyakit Gout mendorong Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) menghasilkan fomulasi ajaib, berkesan dan selamat digunakan iaitu Doc-K.

Produk minuman kesihatan yang dihasilkan ini adalah dikatakan sebagai pemusnah masalah gout yang menjadi salah satu daripada penyakit yang serius jika tidak dibendung.

Menurut Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) menyatakan penyakit gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan dan keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh seseorang yang tidak normal.

“Pesakit yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak urik asid atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan  asid urik dari tubuh mereka ianya asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin,” katanya.

“Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki dan disebabkan oleh asid urik yang berlebihan pesakit dinasihatkan untuk mengelakkan faktor-faktor yang menambahkan paras asid urik,” tegasnya.

Advertisements