DDR otak bisnes

JITRA, 15 Julai (HPM) – “ Selepas doktor selesai berbincang mengenai produk Skin Care dan Slimming Suit, doktor menjalankan penyelidikan bersama rakan kongsi di Korea untuk menghasilkan satu lagi produk dR Rozmey iaitu Water Treatment,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui.

Menurut DDR, menyedari ianya berkait rapat dengan keperluan asas dalam kehidupan yang memerlukan sumber air yang bersih dan selamat beliau bercadang untuk menjalankan bisnes ini demi memastikan masyarakat sentiasa terhindar dari sebarang penyakit.

“Air yang dirawat dengan alkali dan penambah kandungan oksigen diperlukan dalam badan kerana ianya penting untuk menambah metabolism dan menyingkirkan toksid dalam badan selain membantu keseimbangan mineral dan air dalam badan,” katanya.

Katanya lagi, penemuan baru mengenai produk Water Treatment bersama rakan kongsi di Korea dilihat bakal mendapat sambutan yang menggalakkan kerana hasil gabungan formula beliau dengan teknologi canggih mampu memberikan kepuasan terhadap pengguna yang menggunakannya.

“Selain itu, ianya mempunyai empat jenis tapisan air diperkenalkan menerusi teknologi US Menbram yang hanya membenarkan molekul-molekul, ion, zarah-zarah kecil dan 1 nanometer yang mampu menyekat bakteria, logam dan mineral bahaya.

“Jadi, dengan adanya produk terbaru ini sudah jelas terbukti bahawa ianya memberikan kebaikan terbaik terhadapa metabolisme badan dan kegunaaan sel selaras dengan konsep yang doktor lancarkan iaitu fenomena dR Rozmey adalah untuk kebaikan bersama,” kata Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) itu.

Advertisements