staf HPM merupakan tonggak utama syarikat

JITRA, 14 Julai (HPM) – Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) sudah beroperasi selama empat tahun bermula 2006 hingga kini 2010.

Syarikat yang menghasilkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan itu kini mempunyai ramai bilangan tenaga pekerjanya iaitu seramai 300 pekerja yang ditugaskan di pelbagai bahagian bagi menggerakkan HPM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) sikap yang ditunjukkan oleh warga HPM semenjak beroperasi begitu memuaskan dan tiada sebarang masalah yang timbul.

“Kesemua pekerja di Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) mempunyai sikap bertanggungjawab dan menjalankan tugasan yang diberikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikat dengan penuh disiplin,” katanya.

Katanya lagi, faktor kerjasama dan perkongsian idea serta pendapat amat  diperlukan di dalam sesebuah organisasi dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi dan memajukan HPM.

“Jadi, doktor bersyukur kerana memiliki tenaga kerja yang berpotensi dan berharap agar tenaga kerjanya mengekalkan faktor-faktor tersebut untuk mengukuhkan lagi Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM),” ujarnya ketika ditemuramah.

Advertisements