JITRA, 11 Julai (HPM)- Kelab Pengedar Herba Prima Marketing (HPM) bakal menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim pada bulan Ramadan nanti.

Program yang julong kali diadakan itu bertujuan untuk mendekati golongan yang memerlukan bantuan disamping merapatkan hubungan silatulrahim semasa insan.

“Kita sedang mencari rumah kebajikan dan anak yatim yang sesuai untuk diadakan program ini. Kami menjemput semua pengedar HPM untuk menyertai program kebajikan ini.

“Idea untuk mengadakan program ini baru saja dicetuskan dan kami berharap semua pengedar dapat memberi cadangan untuk memastikan program amal ini berjalan lancar,” kata Zuzana Abu Hassan ketika dipetik dalam laman Facebook, hari ini.

Zuzana berkata pembabitan semua pengedar HPM dalam program itu amat dialu-alukan dan mereka boleh melayari laman Facebook Kelab Pengedar HPM untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai program berkenaan.

Advertisements