JITRA, 10 Julai (HPM) – Seramai 20 staf Herba Prima Marketing (HPM) menerima wang saguhati sebanyak RM100 seorang sempena hari lahir mereka yang jatuh pada bulan Jun.

GEMBIRA..Nur Fatin terima wang daripada Pengurus Besar HPM, Rafidah Radzi

Kesemua mereka amat gembira dengan ‘hadiah’ yang diberikan dan bersyukur kerana mendapat majikan prihatin seperti Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif HPM.

NURUL HUDA..bersyukur

Staf daripada Unit ‘Key-In’, Nur Fatin Mokhtar, 20, berkata beliau amat gembira dengan wang saguhati yang diperolehi dan akan menyimpannya di akaun tabung haji milik beliau.

MAZNI..berterima kasih

“Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada DDR serta berjanji akan melaksanakan tugasan sebaik yang mungkin,” ujarnya.

Bagi Nurul Huda Osman, 23, dari unit yang sama, menganggap ‘hadiah’ yang diperolehi sangat bermakna dan terharu dengan keprihatinan DDR terhadap staf HPM.

“Saya percaya DDR seorang yang prihatin terhadap kebajikan stafnya dan beliau tidak lokek untuk memberi ganjaran kepada staf kerana melihat staf adalah tulang belakang beliau untuk berjaya,” jelasnya.

Bagi Mazni Md Zain, 19, dari Unit Pembungkusan merasa bertuah kerana tidak sangka akan menerima saguhati wang tunai RM100 daripada DDR.

“Rasa bersyukur sangat dan saguhati yang diterima membuatkan saya rasa lebih bersemangat lagi untuk melakukan tugasan di HPM.

“Inilah kali pertama HPM memberi saguhati kepada staf yang menyambut hari lahir setiap bulan dan saya harap pemberian saguhati ini akan berterusan untuk tahun yang seterusnya,” katanya.

Pemberian wang saguhati disampaikan oleh Pengurus Besar HPM, Rafidah Radzi di pejabat HPM, di sini, hari ini.

Advertisements