JITRA, 10 Julai (HPM) — Herba Prima Marketing (HPM) terus mencipta kejayaan dengan mencatatkan jualan yang tinggi bagi produk pelangsingan badan keluarannya, Jus Mate 5 (JM5).

Ketika awal JM5 diperkenalkan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) pernah mengunjurkan jualan produk pelangsingan badan ini sebanyak RM100,000 dalam tempoh sebulan.

Kini, beliau sudah membuktikan penjualan produk JM5 sudahpun berjaya mencapai lebih daripada RM100,000 setiap bulan hasil daripada strategi pemasaran yang dilakukan.

Beliau berkata, harganya agak tinggi berbanding produk herba lain kerana menggunakan bahan terbaik dan bermutu tinggi yang diperakui dunia perubatan moden yang mampu membantu melangsingkan badan secara mudah serta selamat.

“Lazimnya kita melihat produk pelangsingan badan yang dihasilkan secara tradisional dan sesetengahnya tidak dibuktikan secara saintifik serta diketahui penciptanya, berbeza dengan JM5,” ujarnya.

Beliau boleh  berbangga dengan jualan yang diperolehi dan sekaligus mengembangkan lagi cabang perniagaannya dengan meneroka bidang yang lain seperti penerbitan filem

Advertisements