JITRA, 10 Julai (HPM) — Produk keluaran Herba Prima Marketing (HPM), DR II, mendapat permintaan yang amat menggalakkan daripada pengguna sejak diperkenalkan tiga tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), berkata DR II adalah khusus untuk kecantikan wajah bagi wanita dan lelaki serta diperbaharui untuk memberi kesan yang lebih baik kepada pengguna.

Beliau berkata, produk DR II dihasilkan sendiri dengan menggunakan formulasinya sendiri menggunakan ramuan terpilih seperti Astaxanthin, Hyrodlysed Marine Collagen, L-lysine dan serbuk ekstrak Acerola serta sedikit herba.

“HPM sudah menjalankan banyak testimoni menggunakan produk DR II dan ternyata ramai yang berpuas hati dengan kesan yang diterima.

“Walaupun harganya lebih mahal daripada produk lain di pasaran, pengguna akan merasai sendiri keberkesanannya serta kualitinya kerana mengandungi ramuan semulajadi yang khusus untuk merawat wajah,” katanya.

Tambah beliau lagi, produk DR II sesuai untuk semua golongan usia dari kanak-kanak berusia lima tahun hingga warga emas kerana formula yang digunakan itu dapat membantu membaiki serta melindungi sel dari memusnahkan sistem dalam badan.

Advertisements