JITRA, 10 Julai (HPM) — Kepayahan yang pernah dialami oleh Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) membuatkan beliau tidak pernah berputus asa untuk mengatasi kesukaran yang dihadapi.

Anak kelahiran Kampung Baru, Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan ini mula membina kerjayanya sebagai pakar perbidanan di beberapa hospital kerajaan dan swasta.

Hasil kepakaran yang ada beliau membuka satu pusat perubatan swasta dengan berbekalkan modal sebanyak RM2 juta yang dipinjam daripada bank dan menggunakan tanah milik keluarganya di kampung sebagai cagaran.

Menurut DDR, beliau menjadi doktor nomad dengan memberi perkhidmatan secara sambilan di beberapa pusat perubatan seperti di Bangi, Ampang dan Banting.

“Doktor pernah bertugas di sebuah pusat perubatan swasta dengan bayaran serendah RM25 sejam dan dengan bantuan Dr Abdullah Sani (kini Penasihat Kewangan HPM), doktor ambil keputusan berhenti dengan membuka Jitra Specialist Centre (JSC),” katanya.

Mengimbau kembali kenangan sewaktu belajar dahulu, beliau pernah mendapat pendidikan daripada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Pengkalan Chepa, Kelantan dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM).

Selepas setahun menabur khidmat di Hospital USM (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan pada 1993, beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana Perubatan (Perbidanan dan Sakit Puan) sebelum menyambung kariernya sebagai pensyarah.

“Doktor menjadi pensyarah kira-kira setahun sebelum mengambil keputusan berhenti untuk mengembangkan karier dan pengalaman sebagai pakar perbidanan dan sakit puan (O&G).

“Ketika rakan lain berhenti selepas mengesahkan pekerjaan lain, doktor berbuat demikian tanpa perancangan, kecuali impian untuk menjadi ahli perniagaan berjaya,” ujarnya.

Kini, beliau boleh berbangga dengan kejayaan yang diperolehi dan HPM kini menjadi satu kebanggaan buat beliau kerana menghasilkan produk yang bermutu tinggi dan berkesan.

Hasil keberkesanan produk itu juga sudah banyak membantu pelanggan untuk merawat masalah kesihatan yang dihadapi dan banyak membantu golongan obesiti mengurangkan berat badan.

Tanpa rasa ragu-ragu, beliau mengembangkan kerjayanya dengan menceburi bidang perfileman dan sudahun menerbitkan filem bergenre seram, 2 Alam yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada September ini.

Kejayaan yang diperolehi beliau patut dicontohi oleh mana-mana pihak dan jadikan kepayahan itu sebagai satu cabaran serta pengalaman untuk berjaya.

Advertisements