DDR mempunyai sifat kesabaran yang tinggi

JITRA, 9 Julai (HPM) – Setiap kejayaan yang dimiliki oleh Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) pasti ada kepahitannya kerana bukan mudah bagi seseorang individu untuk mencapai kejayaan seperti ini.

Menurut beliau, bukannya mudah untuk mengubah minda seseorang untuk menarik minat mereka meceburi bidang perniagaan HPM ini kerana memerlukan banyak kesabaran dan perngorbanan.

“Setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya, apa yang penting ialah kesabaran yang tinggi disamping memiliki kekuatan dari segi mental serta fizikal untuk terus bertahan,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya lagi, setiap kesilapan yang dilakukan adalah datang daripada diri sendiri dan bukannya perlu menyalahkan orang lain kerana sifat bertanggungjawab adalah asas untuk berjaya.

Berkat kesabaran serta kesungguhan beliau, DDR sudah mengecapi kejayaan tersendiri dan menjadi ikon kepada masyarakat untuk meraka berjaya.

Advertisements