filem 2 Alam penangguhan kali ke-3

JITRA, 9 Julai (HPM) – “Ini kegagalan besar Skim Wajib Tayang (SWT) yang dikendalikan oleh Finas dan jelas membuktikan bahawa mereka tidak mampu memajukan industri filem negara,” kata Datuk Dr Che ROzmey Che Din (DDR).

Beliau ketika ditemui berkata, ketika sejuta keresahan melanda rakyat untuk hadir menonton filem 2 Alam Finas menunda tarikh penayangan filem itu ke 18 November depan.

“Finas melakukan penundaan terhadap filem 2 Alam dengan memberikan alasan bahwa filem tersebut tiada di dalam jadual wajib tayang,” katanya.

Katanya lagi, pada mulanya FInas mengeluarkan kenyataan bahawa filem 2 Alam akan ditayangkan pada September ini namun ianya bukanlah sesuatu yang nyata.

“Sedangkan tiada slot atau filem wajib tayang samada filem tempatan atau luar negara untuk ditayangkan pada tarikh tersebut.

“Tarikh penayangan 2 Alam iaitu 30 September ini dilihat memang strategik dalam mencapai pecah panggung RM20 juta sekaligus mencipta kejayaan namun kegagalan pihak Finas menjadi penghalang untuk doktor mencipta kejayaan.

“Jadi, sekiranya kesalahan sebegini berlaku dengan berulang kali ini boleh menghalang produksi-produksi lain untuk berkarya demi meningkatkan martabat filem negara,” kata penerbit dR Movie Production itu.

Advertisements