JITRA, 8 Julai (HPM) — Kira-kira dua bulan sahaja lagi filem berprofil tinggi, 2 Alam yang dihasilkan dR Movie Production akan menemui penonton di pawagam seluruh negara.

Tempoh ini bagaikan satu penantian keramat buat penerbitnya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) untuk melihat filem yang disifatkan mempunyai auranya tersendiri mencipta satu kejayaan yang hebat.

Menurut DDR, beliau masih yakin filem ini bakal pecah panggung dan mencipta sejarahnya yang tersendiri kerana dihasilkan dengan penuh kualiti serta kreatif.

“RM12 juta adalah keputusan muktamad doktor dan apa yang paling penting ialah filem 2 Alam berjaya dihasilkan dengan penuh ketelitian dan mendapat sokongan daripada orang ramai.

“Doktor dapat merasakan aura 2 Alam semakin hampir dan filem bergenre seram ini pasti akan menimbulkan seribu keinsafan kepada yang menontonnya,”ujarnya.

September pastinya akan menjadi bulan keramat buat DDR sendiri kerana bakal merubah kehidupan beliau, jenama dR Rozmey dan Herba Prima Marketing.

Advertisements