JITRA, 8 Julai (HPM) — Obesiti bermula daripada pengambilan tenaga iaitu dari sumber makanan melebihi keperluan tubuh individu tersebut dalam tempoh masa tertentu serta diiringi aktiviti fizikal yang kurang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), obesiti boleh dicegah dengan pelbagai cara sekiranya seseorang itu mempunyai disiplin dalam soal pemakanan.

“Amalan pemakanan seimbang perlu dititikberatkan dan sentiasa bersederhana dalam pemakanan serta makan ikut keperluan sahaja.

“Untuk mencegah obesiti, makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi  dan manis perlu dikurangkan kerana ianya merupakan punca utama seseorang mendapat obesiti,” katanya.

DDR juga menyarankan agar sarapan pagi sentiasa diamalkan bagi memulakan hari dengan baik dengan perasaan ceria dan berfikiran cerdas kerana tubuh manusia memerlukan tenaga yang mencukupi untuk memulakan sesuatu aktiviti.

“Bersarapan dapat mengelakkan gejala pengambilan makanan yang berlebihan pada waktu makan tengah hari akibat lapar,” ujarnya.

Menurut DDR lagi, untuk memastikan berat badan kekal langsing, aktiviti harian perlu ditingkatkan agar tubuh berfungsi dengan baik, ceria dan kekal sihat.

Advertisements