DDR menghasilkan produk yang begitu mujarab

JITRA, 8 Julai (HPM) – Sejak mula beroperasi pada tahun 2006 Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) telah menghasilkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan yang tidak pernah menghampakan penggunanya dan kini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkata, HPM kini terkenal dengan produk kesihatan yang memberikan kesan yang amat memberangsangkan iaitu Jus Mate 5 (JM5) bagi membantu pengguna yang mempunyai masalah berlebihan berat badan.

“Antara produk keluaran HPM selain daripada JM5 ialah seperti ESPRESSO Xy yang membantu memulihkan masalah tenaga batin, Doc-K merawat sakit sendi, Gain-5 membantu penambahan berat badan, dR Silky memberikan bentuk tubuh badan yang ideal dan kulit yang cantik, dR Betes memulihkan penyakit kencing manis, dRQ10 merawat masalah lemah jantung dan stroke, dR8 merawat mata, dR101 membantu kecerdasan mindadan dRII untuk merawat kulit,” jelasnya.

Katanya lagi, pihak HPM mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan berasaskan kehendak dan keprihatinan terhadap pengguna.

“Ramuan kesemua produk yang dihasilkan ini mengandungi pelbagai vitamin dan herba terpilih yang telah banyak membantu pengguna merawat pelbagai penyakit serta penggunaannya yang memudahkan dan selamat untuk pengguna,” tambahnya lagi.

Advertisements