JITRA, 8 Julai (HPM) — Selepas pelbagai aktiviti dilakukan, laman sosial Facebook milik Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) terus dihujani dengan komen yang positif dan membina.

Menurut DDR, perubahan ini dilihat selepas beliau membuat perbandingan dengan komen yang pernah diterima sebelum ini dan menunjukkan masyarakat mula memberi perhatian.

“Komen serta cadangan yang bernas banyak diterima dan doktor sentiasa mengambil kira cadangan yang diberikan untuk dipertimbangkan,” katanya.

Perubahan ini dilihat selaras dengan kejayaan HPM dan DDR sendiri yang terus meningkat naik serta menjadi terkenal di kalangan masyarakat.

Ramai yang mula memberi pandangan secara positif terhadap publisiti yang meluas oleh media cetak mahupun elektronik terhadap DDR.

Perubahan ini dilihat mampu mempengaruhi masyarakat untuk menjadi lebih berjaya dan menjadikan DDR sebagai usahawan cotoh yang berjaya.

Advertisements