JITRA, 8 Julai (HPM) – Kerjaya sebagai pendidik bukan penghalang bagi Abu Bakar Tayib, 42, untuk membahagikan masa menjadi pengedar Herba Prima Marketing (HPM) berjaya.

Menurut guru Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Dik ini, beliau melibatkan diri sebagai pengedar aktif HPM sejak dua tahun lalu selepas diperkenalkan oleh rakan beliau.

Abu Bakar dan isteri bergambar bersama DDR

“Pada awal pembabitan sebagai pengedar HPM, saya memperolehi pendapatan sekitar RM1000 hingga RM2000 dan jumlah ini menguatkan lagi semangat saya untuk terus menjadi pengedar aktif HPM,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Selepas dua tahun menjadi pengedar aktif, kini beliau berjaya memperolehi pendapatan sebanyak 5 angka dan tidak pernah menyangka akan memperolehi pendapatan yang cukup lumayan setiap bulan.

“Banyak perbezaan kehidupan saya sebelum dan selepas menjadi pengedar kerana hasil pendapatan yang saya perolehi selepas menjadi pengedar telah membantu saya melangsaikan pinjaman bank.

“Saya juga amat bersyukur dengan rezeki yang murah ini kerana saya dapat mengubahsuai rumah dan kehidupan saya sekeluarga menjadi lebih senang.

“Saya amat berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) kerana memberi peluang kepada pengedarnya untuk turut sama menikmati kejayaan,” ujarnya.

Hasil pendapatan yang lumayan sebagai pengedar aktif HPM, beliau mampu memiliki kereta BMW 320 yang baru dibelinya empat bulan lalu.

Isteri beliau, Norlaila Othman, 36,  juga seorang guru dan turut membantu beliau dalam perniagaan sebagai pengedar HPM serta menggunakan produk Jus Mate 5 (JM5) untuk mengurangkan berat badan.

Advertisements