JITRA, 8 Julai (HPM) — Sudah menjadi lumrah sekiranya menjadi seorang yang dikenali ramai kerana mendapat perhatian masyarakat dan pelbagai pujian serta kritikan harus diterima.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), beliau menghalang sebarang perkembangan negatif di Facebook miliknya kerana boleh memberi impak negatif kepada perniagaan beliau.

Beliau akan memastikan pengguna dan pelawat laman sosial ini berkongsi idea serta info positif sahaja kerana beliau tidak mahu elemen negatif berkenaan mempengaruhi pengguna yang lain.

“Doktor percaya dengan info positif akan banyak mempengaruhi kejayaan doktor dan pengedar HPM yang lain serta jelas sekali ia memberi impak positif kepada pengguna.

“Komen negatif mesti disekat dan tidak diizinkan kerana ia banyak kejahilan dan sikap pengguna yang tidak menghormati rakan Facebook yang lain,” katanya.

DDR hanya mengamalkan tahap budaya kerja dan budaya hidup cemerlang kerana ia memberi kebaikan serta manfaat kepada orang lain menerusi acuan peribadi dan perniagaan.

Advertisements