JITRA, 7 Julai (HPM) — Laman web sosial, Facebook, milik Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) terus meningkat sebanyak 200 pengunjung setiap hari.

Peningkatan positif ini dilihat seiring dengan kemajuan HPM yang semakin berkembang dan kebijaksanaan strategi yang dirangka oleh DDR bersama stafnya.

Menurut beliau, penambahan pengunjung laman web sosial ini menunjukkan DDR semakin mendapat perhatian masyarakat dan mendapat sokongan daripada masyarakat secara tidak langsung.

“Banyak komen yang positif dan bernas diterima kerana rata-rata pengunjung kagum dengan kejayaan yang dimiliki DDR dan warga HPM.

“Komen negatif memang ada diterima tetapi tidak sebanyak komen positif dan bagi doktor sendiri tidak perlu untuk dipaparkan komen negatif berkenaan kerana ianya tidak membawa sebarang faedah kepada organisasi HPM,” ujarnya.

Beliau juga melihat penambahan peminat DDR ini bakal merealisasikan impiannya untuk mengumpul sejuta fanatik beliau menjelang 2013.

Advertisements