JITRA, 7 Julai (HPM) — Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) kini melangkah setapak lagi dengan menceburi bidang kecantikan dan kosmetik.

Beliau terus mara ke hadapan dengan menceburi bidang yang banyak dipelopori kaum wanita ini dengan harapan dapat menvariasikan lagi perniagaan yang diusahakan beliau.

Menurut DDR, penjenamaan dR Rozmey meliputi produk dan formulasi dR Rozmey sendiri dengan kerjasama pakar luar berjaya menghasilkan pusat rawatan kecantikan Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC) yang dibuka kepada pelanggan awal Jun ini.

“Kerjasama dijalinkan dengan pakar dari Jepun dan Korea untuk menghasilkan produk kosmetik serta penjagaan kulit yang berkualiti tinggi berasaskan herba tanpa bahan kimia.

“Ia adalah cabang perniagaan yang sudah doktor kenal pasti sejajar dengan perkembangan penjenamaan dR Rozmey sendiri,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, Jepun dan Korea mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi termasuk kosmetik yang sesuai untuk pengguna Asia dan ia berbeza dengan teknologi dari barat.

Harapan beliau terhadap bidang kosmetik ini ialah mendapat sambutan daripada masyarakat di Malaysia dan seterusnya dapat mengembangkan lagi di peringkat antarabangsa.

Advertisements