JITRA, 7 Julai (HPM) — Tinggal lebih kurang dua bulan saja lagi  filem 2 Alam akan ditayangkan di pawagam seluruh negara dan debaran itu amat dirasai oleh penerbitnya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Acuan yang beliau gunakan untuk mempromosikan 2 Alam memeriahkan lagi industri perfileman negara dan memberi impak kepada fenomena dR Rozmey.

Menurut DDR, beliau mahu memenuhi janji kepada industri dan kegilaan rakyat tidak dapat dibendung lagi kerana rata-rata rakyat Malaysia bersedia untuk memberi sokongan kepada filem bergenre seram ini.

“Kenyataan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), email, telefon dan laman sosial membuktikan mereka  mahu memberi sokongan yang sepenuhnya kepada 2 Alam,” katanya.

Nada dering dan peraduan SMS filem berprofil tinggi ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan dan di luar jangkaan DDR sendiri.

“Semua kejayaan ini dikongsi dengan jaya dan penuh semangat 1Malaysia dari fenomena dR Rozmey untuk rakyat,” katanya lagi.

Advertisements