JITRA, 6 Julai (HPM) — Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC) sentiasa menjanjikan dan menawarkan perkhidmatan kelas pertama kepada pelanggan.

Rawatan yang dilakukan oleh jururunding di RBSFC adalah dengan menggunakan sejenis mesin khas untuk kecantikan kulit, Beauty Defect Repair.

Beauty Defect Repair ialah sejenis mesin khas yang diimport dari Jerman dan amat berkesan untuk merawat kedutan, jeragat, kulit muka kusam serta bintik-bintik hitam di wajah.

Ketua Pegawai Eksekutif  Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din memperkenalkan mesin yang mempunyai teknologi ‘mikro peeling’ dan menggunakan ‘brush’ dan ‘solution’ khas, asid berasaskan alkali, vitamin C, kolagen serta topeng herba.

“Bahan-bahan ini dikombinasikan dengan urutan ‘imfatik’ yang diperbesarkan oleh tenaga elektronik bagi memberikan hasil yang hebat kepada kulit muka.

“Rawatan berkenaan dikendalikan oleh jurunding RBSFC sendiri yang telah dihantar untuk menerima latihan selama sebulan di Akademi BDR, Taiwan,” katanya.

Rawatan pertama yang dilakukan oleh pelanggan akan memberikan hasil yang cukup baik kerana kulit kelihatan lebih anjal,bersih, licin serta kedut dan jeragat  dapat dikurangkan selepas rawatan dilakukan.

Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan, rawatan yang dicadangkan kepada pelanggan ialah sebanyak 10 kali dalam tempoh empat bulan.

Advertisements