JITRA, 6 Julai (HPM) — Bertapak sebagai sebuah syarikat pengeluar produk makanan kesihatan, Herba Prima Marketing (HPM) yang diasaskan oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) bersama arwah isterinya, Noor Halawiyah Abdullah Shukri di Bandar Darul Aman Jaya, Jitra, Kedah telah mencipta satu fenomena baru kepada pengguna di negara ini.

DDR yang juga seorang pakar perbidanan dan sakit puan menggunakan kemahiran sebagai seorang doktor pakar untuk menformulasi produk kesihatan sendiri iaitu Jus Mate 5 (JM5).

Tindakan berani disertai dengan konsep kejujuran, keikhlasan dan berkat kesabaran menghadapi ujian Allah SWT membawa kepada kejayaan luar biasa sehingga beliau sendiri tidak percaya dengan kejayaan yang begitu pantas itu.

Bermula dengan sebuah pejabat yang dikongsi bersama Jitra Medical Centre (JMC) yang ketika itu menjadi pemangkin kepada pendapatan utamanya, DDR mengorak langkah dengan begitu pantas apabila berjaya membina empayar perniagaan HPM dalam tempoh dua tahun sahaja.

Kini bangunan JMC itu menempatkan lebih 300 kakitangan HPM dari pelbagai unit yang bertugas 24 jam bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna dan pengedar.

Kejayaan demi kejayaan tercipta apabila produk HPM terutama JM5 mula memberi ganjaran kepada pengguna. Konsep guna baru jual yang dipraktikkan oleh DDR membuahkan hasil apabila ribuan testimoni pengguna tampil memberi pengakuan akan keberkesanan produk berkenaan.

Tsunami baru melanda perniagaan HPM apabila medium media cetak yang digunakan oleh beliau untuk mencanangkan kejayaam testimoni mendapat maklum balas di luar jangkaan sehingga memaksanya untuk meningkatkan perkhidmatannya termasuk memperkenalkan sistem belian ‘online’

Selepas empat tahun beroperasi, warga HPM patut berbangga dengan pencapaian yang dikecapi sehingga syarikat dipelopori oleh usahawan bumiputera ini mampu berdiri sama tinggi dan gah dengan syarikat besar di negara ini.

Advertisements