DDR ketika ditemui di RBSFC

JITRA, 6 Julai (HPM) – “Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang selamat tiba ditanahair malam tadi.

Menurut DDR penerbangan beliau ke Korea dan Jepun adalah untuk bertemu rakan kongsinya dan bertujuan mengadakan perbincangan mengenai perniagaan baru yang bakal beliau lancarkan.

“Setelah bertemu dengan rakan kongsi doktor serta berbincang mengenai hajat doktor untuk menjalankan perniagaan yang baru dan sebulat suara telahpun bersetuju dengan perbincangan yang dijalankan,” katanya.

Katanya lagi, perniagaan yang bakal dilancarkan adalah produk terbaru sepertimana yang telah beliau menguar-uarkan di akhbar Kosmo! iaitu produk kosmetik Skin Care dR Rozmey dan Slimming Suit.

“Kedua-dua produk itu akan berada di pasaran pada September ini yang bakal menjadi kegilaan wanita masa kini untuk tampil dengan lebih berkeyakinan dan kelihatan cantik seperti yang diingini.

“Persetujuan perbincangan semasa doktor berada di Korea mengenai sentuhan formulasi dari doktor dengan kombinasi berteknologi canggih Korea dan Jepun bakal memberikan satu lagi keajaiban untuk pengguna,” katanya ketika ditemui.

Advertisements