JITRA, 6 Julai (HPM) — Fenomena dR Rozmey yang dicetuskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) semakin menjadi-jadi.

Kejayaan fenomena ini adalah hasil daripada DDR yang bersemangat kental untuk menjadi terbaik dan seringkali mencetuskan idea luar biasa.

Beliau mahu melihat laman facebook miliknya menjadi satu budaya kepada fanatiknya untuk berkongsi pendapat dan pengalaman serta menggunakan kata-kata yang positif.

“Doktor tidak mahu sebarang kata-kata negatif di laman facebook DDR kerana boleh mencetuskan kemarahan fanatik yang lain dan seterusnya menjadi satu perbalahan yang berpanjangan.

“Doktor percaya sekiranya fanatik bersikap dan berfikiran positif pastinya ramai yang akan terpengaruh dengan sikap sebegitu kerana minda yang positif melahirkan insan yang cemerlang,” ujar beliau.

DDR menyarankan agar fanatik memanfaatkan facebook beliau untuk mendapatkan info terkini selain berkongsi idea serta pandangan.

Advertisements