Body Shop antara syarikat naugan dR Rozmey yang semakin maju

JITRA, 5 Julai (HPM) – Seluruh rakyat Malaysia kini sudahpun mengenali nama Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang terkenal dengan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) dan filem 2 Alam.

Kini syarikat naungan dR Rozmey dilihat semakin maju dalam menghasilkan pelbagai fenomena-fenomena yang luar biasa yang mempunyai keunikan tersendiri terhadap perkara yang dilakukannya.

Menurut DDR sebanyak empat syarikat yang semakin maju berada di bawah naungan dR Rozmey antaranya ialah Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM), Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC), dR Rozmey Skin Care, dR Rozmey Body Shop dan dR Movie Production.

“Syarikat-syarikat naungan dR Rozmey semakin menempa nama di Malaysia kerana ianya menekankan konsep luar biasa berbeza dari organisasi lain. Jadi strategi dan kreativiti  dalam mempromosikan produk-produk dR Rozmey ini menghasilkan keunikan dan istimewa dari organisasi lain,” katanya.

“Disamping itu, mengikuti peredaran zaman masa kini rakyat inginkan sesuatu yang luar biasa dan kelainan di dalam pelbagai perkara. Oleh itu, fenomena yang dicetuskan oleh dR Rozmey memberikan impak yang memberangsangkan dan dilihat bersesuaian dengan era globalisasi kini,” tambahnya lagi.

Advertisements