dR8 produk mujarab masa kini

JITRA, 5 Julai (HPM) – Satu lagi  produk kesihatan yang dikatakan mempunyai keajaiban dan mujarab keluaran Herba Prima Marketing (HPM) adalah dR8 iaitu sejenis produk minuman kesihatan yang membantu pengguna dalam merawat masalah penglihatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) pelbagai vitamin dan ramuan-ramuan lain digunakan untuk menghasilkan formulasi ini antaranya Vitamin C, E, A, Biberry, Zinc, Carotenoid, dan Beta Carotene.

“Kandungan Vitamin C adalah bertujuan sebagai anti-oksida yang menghalang kecederaan sel, menguatkan dinding salur dan mengawal darah manakala Vitamin E pula bertindak sebagai antioksida dan mampu melindungi sel-sel retina mata dari kecederaan dan Vitamin A pula amat penting untuk mencegah kunjuntiva, kornea dari kekeringan dan buta waktu malam serta pertumbuhan retina yang baik,” terangnya.

“Kemudian kandungan Biberry juga terkandung di dalam dR8 untuk meningkatkan pigment retina membolkehkan mata melihat cahaya dan membolehkan sel darah merah melalui kapilari untuk membekal oksigen manakala Zinc membantu mencegah degenarasi macular dan membantu menghalang kebutaan.

“Beta Carotene pula menghalang kebutaan waktu malam dan mampu meningkatkan imuniti, melindungi dari kanser dan toksin yang merupakan antioksida yang terbaik untuk kesihatan dan Carotenoid berfungsi menghalang  degenarasi macular yang menyebab kebutaan mata,” katanya ketika ditemuramah.

Advertisements