JITRA, 5 Julai (HPM) — Seiring dengan kejayaan yang dikecapi Herba Prima Marketing (HPM), Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) mempunyai matlamat serta misi dan visi untuk mencapai kejayaan dalam  tempoh yang pantas.

Menurut DDR, pengurusan kewangan perlu bijak diatur untuk digunakan bagi mencapai kejayaan yang lebih besar dan luar biasa.

“HPM sekarang sedang menuju ke matlamat untuk meningkatkan lagi penjualan produk dan jenama dR Rozmey akan diperkenalkan serta diperluaskan bagi mencapai satu juta fanatik DDR.

“Doktor mensasarkan 1 juta fanatik DDR dapat dikumpul dalam tempoh tiga tahun akan datang dan jenama dR Rozmey akan menjadi satu fenomena dan kegilaan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau juga sedang mengatur beberapa strategi untuk memastikan segala harapannya dapat direalisasikan dengan memastikan jenama dR Rozmey terus gah di kalangan masyarakat.

Advertisements