JITRA, 5 Julai (HPM) — Idea bagi mendapatkan 1 juta fanatik dR Rozmey dicetuskan oleh sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) untuk mencetuskan fenomena dR Rozmey.

Walaupun mendapat pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak yang tidak menyenangi kejayaan beliau, beliau menganggap segala tohmahan itu sebagai satu cabaran untuk lebih berjaya lagi.

Menurut beliau, tidak semua orang menyukai fenomena yang dicetuskan tetapi beliau bersyukur kerana masih ramai lagi masyarakat yang terus menyokong beliau dari belakang.

“Kejayaan yang hadir adalah hasil usaha keras saya sendiri bersama warga HPM dan saya akan memastikan momentum kejayaan ini akan terus berkekalan,” katanya.

Fenomena dR Rozmey kini melanda negara berikutan filem berprofil tinggi 2 Alam akan menjengah di pawagam mulai September ini dan semestinya beliau mengharapkan filem 2 Alam akan mencipta sejarahnya tersendiri.

Sebagai penerbit, beliau menyifatkan filem ini sebagai filem berprofil tinggi dan mampu mencapai status filem pecah panggung dengan sasaran kutipan sebanyak RM12 juta.

Advertisements