Espresso XY mengeratkan hubungan suami isteri

JITRA, 5 Julai (HPM) – Herba Prima Marketing (HPM) menciptakan formulasi ajaib selaras dengan peredaran zaman yang banyak membantu pengguna. Espresso XY merupakan salah satu produk yang dapat menjana kebahagiaan rumahtangga dan menghangatkan lagi hubungan suami isteri.

Didalam institusi kekeluargaan perhubungan dikalangan keluarga perlulah akrab dan sikap tolong menolong serta hormat menghormati antara satu sama lain perlulah ditanam didalam setiap ahli keluarga terutamanya suami isteri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) hubungan intim antara suami isteri ini merupakan tunjang utama untuk menempuh kebahagiaan didalam keluarga.

“Jadi pasangan seharusnya menikmati kepuasan hubungan intim bersama demi mengukuhkan situasi didalam rumahtangga untuk berkekalan sehingga akhir hayat pasangan,” katanya.

“Dengan kemunculan EXPRESSO XY formulasi ajaib yang diciptakan oleh saya dari hasil penyelidikan yang dibuat ini boleh membantu memberikan kepuasan dan kenikmatan hubungan intim serta menjadi hubungan suami isteri lebih panas,” katanya.