tumpuan diberikan sepenuhnya oleh staf

JITRA, 5 Julai (HPM) – Kursus peningkatan keyakinan untuk sesi kedua terhadap seluruh Ketua Unit di Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) telah dijalankan pada awal pagi tadi.

Kursus yang dikendalikan oleh Encik Rizdhwan Ahmad, 37, adalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan di dalam diri terhadap warga HPM.

Menurutnya, keyakinan adalah factor terpenting dalam melakukan sesuatu perkara yang dingini samada ianya melibatkan sesuatu perkara yang positif mahupun negatif.

“Tambahan pula ianya melibatkan kerjaya ketika berada di agensi swasta yang semakin berkembang maju seperti HPM,” katanya.

Katanya lagi, dengan adanya kursus sebegini ianya sedikit sebanyak membantu syarikat untuk berkembang pesat serta mempertingkatkan prestasi tenaga kerja.

“Disamping itu, ianya juga dapat mewujudkan kepercayaan terhadap individu yang lain untuk memupuk semangat berkerja di dalam kumpulan sekaligus mengelakkan mereka daripada menjadi seseorang individu yang mempunyai sifat pentingkan diri sendiri.

“Jadi, pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada kursus ini dan terdetik disetiap sudut hati mereka menanamkan azam dan semangat melakukan perubahan untuk tampil dengan lebih berkeyakinan,” katanya lagi selaku penceramah untuk kursus tersebut.

Advertisements