JITRA, 9 Mei (HPM) — Herba Prima Marketing (HPM) merupakan pengeluar produk makanan kesihatan yang berjaya dan sudah banyak membantu golongan yang kurus untuk menambahkan berat badan melalui produk keluarannya, Gain 5.

Gain 5 dicipta dan diformulasikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dan sudah terbukti berkesan serta selamat.

Menurut DDR, Gain 5 mampu menambah berat badan dan pertumbuhan otot-otot badan serta mengaktifkan berjuta sel badan.

Selain itu, ianya turut mengaktifkan organ penting badan dengan berfungsi secara maksimum dan langsung tidak membahayakan kesihatan pengguna.

Antara bahan yang terkandung dalam Gain 5 ialah ‘whey protein’, vitamin A, B2, B3, B5, B6, C, kalsium, iodin, zink, thiamine, biotin dan asid folik yang mampu membina otot-otot badan yang baru.

Fungsi ramuan ini juga meningkatkan hormon pembesaran dan pembesaran sel-sel badan selain memberikan tenaga serta meningkatkan selera makan.

Gain 5 juga sudah terbukti berkesan dan selamat digunakan melalui testimoni yang berjaya menambahkan berat badan serta mendapat berat badan idaman.

Formulasi yang lengkap dan menyeluruh ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan ternyata mampu memberikan kesan pertumbuhan otot-otot badan yang cepat berkekalan serta meningkatkan tahap kesihatan diri.

About these ads