JITRA, 30 April (HPM) — Satu formula khas telah dicipta untuk penghidap kencing manis bagi membantu mereka mengurangkan dan menyembuhkan daripada penyakit berbahaya ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) adalah individu yang bertanggungjawab mencipta dan memperkenalkan formula ini melalui produk keluarannya, dR Betes.

“Formulasi ringkas membuatkan pengguna berasa kenyang dan mengaktifkan tahap guna gula oleh sel-sel serta menggunakan pemanis yang tidak meningkatkan tahap gula dalam darah ternyata mampu menurunkan tahap guna dalam badan.

“Kelebihan dR Betes ialah ianya mempunyai kebolehan mengaktifkan sel-sel ‘pankreas’ untuk menghasilkan insulin yang membantu menormalkan tahap gula dalam kandungan darah,” katanya.

Antara kandungan yang terkandung dalam dR Betes ialah Whey Protein, White Kidney Bean, Vitamin C, Stevia Leaf, Magnesium, L-Lysine dan Biotin.

Menurut DDR lagi, ramuan yang diadunkan dalam dR Betes ini mampu menghasilkan tenaga dari gula yang terkandung dalam badan, membentuk otot-otot baru dan mengurangkan se-sel lemak.

Penggunaan dR Betes amat mudah dengan hanya mencampurkan serbuk dR Betes dalam 400 mililiter (ml) air sejuk dan kemudian digoncang sehingga sebati.

Makanan berkalori tinggi dan air manis juga tidak boleh diambil sehingga tempoh empat jam selepas minum dR Betes.

About these ads