JITRA, 9 Feb (HPM)–Ramai antara anda mengalami masalah untuk menghilangkan parut jerawat.Kebiasaannya untuk menghilangkan parut atau bekas jerawat ni memakan masa gak. Sehinggakan kadang-kadang ada yang sudah berputus asa menunggu muka licin seperti dahulu kala.

Rizom cekur mampu mengurangkan jerawat

Namun begitu, usahlah anda runsing sangat. Sebab, suatu hari nanti kulit anda pasti kembali sihat apabila sudah menjumpai petua atau  kaedah rawatan yang sesuai dengan kulit anda.Terdapat beberapa  langkah yang perlu dicuba untuk mengatasi masalah tersebut.

  • Ambil sedikit rizom cekur dan tumbuk sehingga halus.
  • Kemudian, campurkan pula rizom cekur yang sudah ditumbuk halus tadi dengan bedak sejuk.
  • Gaul dan kacau campuran tu sehingga sebati.
  • Sapukan pada kawasan kulit muka anda yang berjerawat itu sebelum tidur.
  • Pada keesokan pagi, cucilah wajah anda sampai bersih.

Amalkan pemakaian bedak sejuk dan rizom cekur ni sampailah parut jerawat anda hilang.

Advertisements