JITRA, 6 Feb (HPM) – Seseorang dikatakan gemuk apabila berat badannya melebihi berat badan ideal yang diukur dalam Body Mass Index (BMI) iaitu ukuran BMI berdasarkan ketinggian.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kegemukan

Banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk.Antaranya ialah:

  • Hormon Tidak Seimbang – Ramai yang tidak tahu bahawa hormon yang tidak seimbang dalam badan juga adalah punca gemuk. Jika hormon sebagai punca kegemukan, ia sukar dikawal. Jika ingin kurus, masalah hormon perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang diet.
  • Pemakanan Tidak Sihat – Kecenderungan masyarakat pada masa sekarang yang suka mengambil makanan segera dan ringan serta tidak mengutamakan pemakanan seimbang dalam diet seharian serta makan mengikut selera.
  • Persekitaran – Bagi mereka yang bekerja di bahagian dapur atau industri pemakanan, peluang untuk mendapatkan obesiti lebih tinggi berbanding mereka yang bekerja di persekitaran lain. Hal ini terjadi kerana mereka akan sentiasa mencuba makanan dan mendapatkan zat daripada aroma atau bau makanan.
  • Gen atau Baka – Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang berbadan gemuk dan mempunyai rangka besar adalah lebih berisiko menjadi gemuk bila dewasa.
  • Emosi Tidak Stabil – Biasanya bila emosi tidak stabil seseorang itu mudah mendapat tekanan. Untuk mengatasi masalah ini, sesetengah orang lebih suka mengambil makanan secara berlebihan untuk mengatasi tekanan berkenaan.
  • Gaya Hidup Tidak Sihat – Ramai orang memberi alasan sibuk menyebabkan mereka tiada masa untuk bersenam mahupun beriadah, ditambah pula kebanyakannya melakukan kerja-kerja yang tidak mengeluarkan peluh seperti sepanjang masa duduk dikerusi, dan didalam bilik berhawa dingin.
  • Pengambilan Ubat-ubatan – Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga, hormon dan ubat penenang juga menggalakkan kegemukan.
About these ads