JITRA, 2 Feb (HPM)—Jerawat selalunya dikaitkan  kepada remaja yang sedang meningkat dewasa  kerana sedang mengalami perubahan hormon yang menyebabkan timbulnya jerawat di beberapa bahagian tertentu .

Hilang keyakinan seseorang apabila mempunyai jerawat

Jerawat dibahagian dahi adalah disebabkan  faktor haba badan melampau, peredaran darah tidak dapat berjalan dengan baik dan menyebabkan minda dan badan menjadi stress, mereka ini  kebiasaannya adalah panas baran.Bagi  mencegah jerawat timbul dibahagian ini tabiat tidur awal dan bangun awal serta meminum air yang banyak perlulah diamalkan .

Hidung  yang di tumbuhi jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang mengalami masalah yang disebabkan haba dibahagian perut tinggi dan sistem penghadaman tidak normal, manakala di hujung hidung pula adalah disebabkan oleh ovari atau sistem reproduksi.

Bagi jerawat dibahagian dagu pula,disebabkan masalah buah pinggang  atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu yang berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Tumbuhnya jerawat di pipi kiri adalah kerana hati tidak berfungsi dengan lancar  kerana berlakunya masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan manakala pipi kanan pula adalah kerana paru-paru mengalami masalah tidak normal.

Punca-punca timbulnya jerawat

Badan belakang dan depan yang ditumbuhi jerawat adalah kerana sistem perkumuhan yang mengalami masalah seperti sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

About these ads