DDR.......produk dR101 penyelesai masalah pelupa

JITRA, 9 Mac – Sekiranya anda menghidapi masalah seperti kurang daya berfikir, pelupa, tidak fokus terhadap sesuatu perkara dan mempunyai minda yang lesu, produk keluaran dR Group (dRG) adalah penawarnya.

Jus dR101 yang diformulasikan oleh Presiden dR Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dicipta khas bagi mereka yang memiliki minda yang lemah.

Menurut DDR, jus ini adalah untuk merehatkan serta menyegarkan minda sekiranya minuman ini kerap diamalkan bagi mereka yang mempunyai daya fikir yang kurang.

“Ramuan yang terkandung dalam produk ini juga amat membantu kepada mereka yang mempunyai masalah seperti pelupa, tidak fokus, minda lesu dan kurang daya berfikir.

“Antara kandungan yang terdapat dalam dR101 ialah gingko biloba, vitamin B12, vitamin D, vitamin C dan vitamin E,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai ramuan dR101 beliau berkata, Gingko biloba merupakan ramuan herba yang amat berkesan dalam merawat masalah kekurangan daya ingatan kerana ianya mampu membaik pulih daya ingatan dengan meningkatkan pengaliran dan peredaran darah di otak.

“Kekurangan vitamin B12 menyebabkan keletihan badan dan otak serta penyakit saraf sukar bercakap. Vitamin B12 membantu dalam penghasilan DNA/RNA dan sel darah merah.

“Kandungan vitamin D dalam dR101 membantu dalam pertumbuhan dan sintesis otak serta penting dalam meningkatkan fungsi otak. Ia juga bertindak secara langsung pada pusat pembelajaran, daya ingatan, tingkah laku dan pusat pergerakan.

“Penyelidikan juga sudah membuktikan vitamin D perlu dalam memelihara dan membantu kecergasan otak di usia tua.

“Selain itu, Vitamin C juga amat penting sebagai anti-oksida yang menghalang kecederaan sel, menguatkan salur darah dan mengawal tekanan darah manakala vitamin E bertindak sebagai anti-oksida serta mampu melindungi sel saraf dari kecederaan,” ujarnya lagi.

 

About these ads