Pueraria Mirfica Leaf banyak khasiat

JITRA, 9 Februari – ‘Pueraria Mirifica’ atau ubi bidadari putih adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai ‘natural phyto-estrogen’ yang amat berkesan dalam memperlahankan proses penuaan seperti kedutan kulit, rambut, tulang dan membantu menegangkan payudara yang kendur.

Kebiasaannya, tumbuhan herba ini berasal daripada Thailand dan Myanmar yang mengandungi 13 jenis unsur kimia yang diklasifikasikan sebagai ‘phytoestrogen ‘ antaranya ‘miroestrol’,’ daidzein’,’ genistin’,’ genistein’, ‘B-sitosterol’, ‘coumestrol’,’ pueraria’,’ compestrol’, ‘mirificoumestan’, ‘kwakhurin’ dan ‘mirificin’ serta dikatakan sebagai herba awet muda adaptogenik.

Pengambilan harian ‘pueraria mirifica’ dapat merendahkan risiko penyakit kardiovaskular secara merendahkan tahap kolesterol darah, melawan kanser payudara dan usus d samping mengatasi gejala menopaus.

‘Pueraria Mirifica’ berupaya membesarkan payudara  serta mengembangkan tisu lemak dan menegangkan ligamen di sekitar payudara yang menyokong bentuknya.

Ia turut bertindak sebagai memaksimakan aliran darah, mengekalkan tisu kolagen yang bertindak memberi kemontokkan, keanjalan dan kelembutan payudara.

Antara khasiat lain ‘Pueraria Mirifica’ ialah:

•             Menganjalkan kulit yang kedut

•             Melambatkan proses penuaan

•             Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak

•             Menegangkan payudara dan punggung yang mengendur

•             Merawat masalah yang berkaitan dengan rahim

•             Menghalang jangkitan pada vagina dan pundi

•             Mengetatkan vagina

•             Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain

About these ads