kolagen kembalikan kecantikkan kulit

JITRA, 3 Januari – Kolagen ialah ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk kecantikan untuk awet muda dan menjadi pilihan utama wanita pada masa kini.

Kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran kepada kulit.

Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen.

Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), fungsi kolagen adalah memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.

“Pada usia awal 20-an, terdapat pertumbuhan yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur badan dan menggalakkan perkembangan otot, tendon serta ligamen.

“Ia digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru,” katanya.

Beliau berkata lagi, ketika usia menjangkau 25 tahun ke atas, kolagen mula manyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun dan sehingga usia 45 tahun, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semulajadi

“Khasiat kolegan tidak hanya tertumpu pada kecantikan semata-mata bahkan ia juga memberi faedah untuk kesihatan diri kerana ia bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan,”katanya ketika ditemui.



 

About these ads