sumbangan ikhlas dari pengedar aktif

JITRA, 25 November – “Inilah sifat yang diterapkan oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) kepada kami semua pengedar,” ujar Puan Sabariah Yusof salah seorang pengedar aktif dan berjaya di Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM).

Beliau dan Encik Maryadi Nordin wakil daripada pengedar aktif HPM menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit kanser di Alor Star pagi tadi.

Menurut Puan Sabariah, sumbangan ikhlas daripada persatuan pengedar aktif HPM adalah bertujuan untuk meringankan penderitaan yang ditanggung oleh mangsa.

 

 

Mohd Firdaus......tanggung derita

“Walaupun pemberian ini tidak seberapa namun ianya mengembirakan keluarga mangsa yang tinggal di dalam keadaan yang sederhana,” katanya ketika ditemui.

Mangsa Mohd Firdaus Saad, 24, menanggung penderitaan akibat daripada ketumbuhan yang berlaku di bahagian wajahnya.

Menurut mangsa, pada mulanya dia (Firdaus) mengetahui menghidap kanser ketumbuhan di kepala pada tahun 2004 dan menjalani pembedahan di hospital kerajaan.

“Setelah menjalani pembedahan selang beberapa tahun saya mengalami kesakitan yang sama di bahagian muka pada tahun 2008 dan sudah hampir dua tahun saya menanggung penderitaan ini.

“Berkemungkinan ini adalah jangkitan kuman yang berlaku akibat pembedahan pertama dilakukan beberapa tahun dahulu,” katanya.

“Jadi, berkesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga terhadap pengedar aktif HPM kerana sudi memberikan sumbangan kepada saya dan semoga Allah dapat membalas segalanya, kata remaja itu dengan perasaan yang gembira.

Encik Maryadi pula berkata, keperihatinan sewajarnya diberikan kepada golongan yang menghidap kanser kerana kos perbelanjaan untuk menjalani rawatan begitu tinggi dan penderitaan yang ditanggung begitu perit.

About these ads