gula berlebihan punca penyakit kencing manis

JITRA, 22 Julai (HPM) – Gula merupakan sesuatu makanan tanpa khasiat yang tidak diperlukan langsung di dalam badan malah jika ianya diambil secara berlebihan akan berlakunya penyingkiran zat di dalam badan.

Jika berlakunya penyingkiran zat di dalam badan, antibodi di dalam badan akan menjadi kurang dan boleh menyebabkan tubuh badan mudah untuk dijangkiti penyakit yang berbahaya serta boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan badan.

Menurut Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang dahulunya Pakar Perbidanan dan Sakit Puan jika pengambilan gula dalam badan berlebihan ini membolehkan peningkatan gula dalam darah akan bertambah dan mengakibatkan individu menghidap penyakit kencing manis ataupun diabetes.

“Jadi, masyarakat perlu memastikan pengambilan gula didalam kehidupan seharian dapat dikurangkan dengan cara mengawal gula secara teratur,” katanya.

Katanya lagi, pengamalan diet seimbang mengikut cadangan yang sesuai, bersukan dan perkara yang paling penting adalah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T untuk menghindarkan dari segala bencana dan penyakit.

“Oleh itu, masyarakat perlulah mengawal cara pemakanan dan gaya hidup jika mereka sayangkan kesihatan terhadap diri mereka kerana dengan cara sebegini membolehkan “pembunuh manusia” itu dihindari dan hidup di dalam keadaan yang sihat sejahtera,” ujarnya lagi yang dahulunya merupakan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan.

About these ads