En Ridhwan sedang menyampaikan motivasi kepada warga HPM

JITRA, 21 Julai (HPM) – Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) menganjurkan Kursus Motivasi Keyakinan Diri untuk semua Ketua Unit di HPM.

Kursus Motivasi kendalian oleh En. Ridhwan Ahmad, 37, itu adalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri  serta mutu pekerjaan yang dipertanggungjawabkan untuk warga HPM.

Menurutnya kursus tersebut adalah untuk mendidik mereka yang memegang jawatan sebagai Ketua Unit berani kedepan menyuarakan pendapat serta buah fikiran mereka.

“Dengan adanya kursus sebegini ianya membolehkan mereka menimba pengetahuan mengenai cara untuk memberikan jawapan yang tepat sekiranya persoalan yang berkaitan dengan tugasan diajukan serta berada membawa berada ditahap yang begitu yakin terhadap diri sendiri,” katanya.

Katanya lagi, program yang lebih penekanan mengenai pengucapan awam membimbing mereka untuk tampilkan diri dengan pendapat tersendiri serta memberikan kepercayaan terhadap khalayak umum.

“Disamping itu, kursus motivasi ini juga bertujuan mewujudkan sifat ketegasan dan tanggungjawab apabila dilantik menjadi seorang Ketua Unit untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

“Ini adalah penting kerana demi meningkatkan prestasi dan juga mutu syarikat, organisasi perlu melahirkan tenaga pekerja yang berkeyakinan dan bertanggungjawab,” kata Ketua Unit Operasi Pemasaran Media dan ICT itu.

About these ads